#3 of 11 | prev product Prev - Next next product
printer email

product arrow 30 Perkara Penting Dalam Hidup

Habis
Price Rp 60.000

Judul: 30 Perkara Penting dalam Hidup
Penulis: Dr. Musthafa Umar, Lc. MA (Ulama Riau)
Penerbit: Tafaqquh
Harga: Rp. 60.000,-

Sinopsis Buku:

Buku ini disusun untuk memberikan alternatif baru dalam menyampaikan pengetahuan Islam di majlis-majlis ilmu yang diadakan. Tujuannya supaya tajuk-tajuk yang dibahaskan lebih terarah dan tersusun bermula daripada tajuk yang asas hinggalah kepada pembahasan lanjutan, ia juga meliputi perkara-perkara aqidah, ibadah dan akhlaq.

Oleh sebab itu ditujukan kepada para pemula dalam mendalami agama maka ia disusun dengan formula sederhana dan dengan bahasa yang sangat mudah. Setiap tajuk akan dimulakan dengan ayat Al-Quran yang dipilih sebagai pemberi gambaran awal tentang apa yang akan dibahas.

Selanjutnya akan diterangkan pula tentang makna tajuk ataupun istilah yang perlu diberikan penjelasan. Setelah itu barulah tajuk dibahaskan lebih panjang untuk dijadikan sebagai pengetahuan dalam hidup. Kemudian setiap tajuk diakhiri dengan menerangkan perkara-perkara yang boleh diamalkan sehingga ia menjadi lebih bermakna lagi.

Daftar Isi:

  1. Kepentingan tauhid Uluhiyah dan tauhid Rububiyah
  2. Buah sifat dua puluh dalam hidup
  3. Asmaul Husna dalam kehidupan manusia
  4. Sunnatullah, salah satu cara memahami hidup
  5. Senantiasa mengingat keberadaan malaikat
  6. Semua kitab suci membawa misi yang sama
  7. Kemestian dalam mempercayai para Rasul
  8. Buah mempercayai hari akhirat dalam hidup
  9. Memahami segala sesuatu dengan Qadha dan Qadar
  10. Perkara yang menggugurkan keimanan
  11. Kepentingan ibadah bagi seorang muslim
  12. Makna persaksian terhadap Allah sebagai Tuhan
  13. Makna persaksian terhadap Nabi Muhammad sebagai Rasulullah
  14. Kesan shalat dalam hidup
  15. Puasa sebagai suatu keperluan asas
  16. Zakat sebagai pengembang rezeki
  17. Haji sebagai pembentuk pribadi mulia
  18. Berhubungan baik dengan Allah dan manusia
  19. Wajib memberikan kepatuhan kepada pemimpin Islam (Al-Wala')
  20. Wajib melepaskan diri daripada patuh kepada pemimpin yang kafir
  21. Suka belajar dan mengamalkan ilmu
  22. Muraqabah sebagai pemelihara diri
  23. Muhasabah sebagai pembangkit untuk kemajuan
  24. Bertaubat sebagai awal kejayaan
  25. Ridho sebagai awal kepuasan
  26. Tidak tamak bisa memelihara kepuasan
  27. Lapang dada sebagai penyelesaian masalah
  28. Berzikir sebagai jalan menuju penyelesaian
  29. Berpikir sebagai kendaraan menuju penyelesaian
  30. Percaya diri sebagai bagian dari penyelesaian.